I made this widget at MyFlashFetish.com.


Saturday, December 3, 2011

::: BENGKEL INFORMASI SIBER PERINGKAT ZON TIMUR :::


REMAJA ASET PENTING NEGARA

       Pada masa kini , masalah sosial di negara kita semakin membimbangkan. Masalah sosial melibatkan masyarakat Malaysia yang bergelar remaja. Tahukah kita bahawa remaja adalah merupakan aset negara yang sangat bernilai untuk kemajuan negara pada masa akan datang dan adakah meraka sendiri tahu tentang tanggungjawab meraka untuk menerajui negara Malaysia kita yang tercinta ? Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa di negara kita remaja merangkumi lebih separuh daripada keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya ramai, maka masalah yang berkaitan , dengan kelompok ini juga banyak. Satudaripadanya ialah masalah keruntuhan akhlak yang mana ia bukannya berlaku di negara inisahaja malah dialami oleh semua negara di dunia. Data statistik banyak menunjukkan bahawa keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara iniadalah semakin serius.  

  Pada era globalisasi ini,remaja merupakan golongan yang paling mudah terjerumus ke arah dunia kebaratan tanpa budaya dan agama yang baik.Wajarkah remaja dipersalahkan?Jika ditelusuri dengan baik silap ini bukan hanya berpihak pada remaja semata-mata.Marilah kita renungi bersama-sama punca-punca dan kesan-kesannya.Janganlah kita mengambil tindakkan yang melulu dengan menunding jari ke atas remaja untuk keadaan kuruntuhan akhlak masa kini yang semakin meruncing.Sedangkan kita juga terkena tempias daripada pemasalahan ini bak kata pepatah meludah ke langit akhirnya mengena ke hidung sendiri. Remaja merupakan satu usia yang amat sukar difahami.Hal ini kerana mereka masih cuba untuk mencapai kematangan yang sepenuhnya.Keruntuhan akhlak bermula daripada sesebuah Institusi kekeluargaan.Ibu bapa merupakan insan yang pentiang dalam mencorak anak-anak ke arah jalan yang betul.Namun begitu,sestengah ibu bapa terlalu mementingkan kerjaya sehingga melupakan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak mereka.Remaja yang dilihat sebagai keras hati dan ingin mengikut kehendak sendiri juga memerlukan kasih sayang daripada sebuah keluarga.Hal ini kerana kasih sayang merupakan tunjang utama yang membentuk diri seorang pelajar.Oleh itu,keluarga perlulah memainkan peranan penting ini agar remaja tidak terus terjerumus.

Selain itu,media massa dan media cetak juga memberikan kesan dalam pembentukan remaja.Media massa seperti televisyen seringkali memaparkan sesuatu yang melampau.Hal ini dapat dilihat daripada penyiaran drama-drama yang berunsurkan sexual atau hubungan sosial yang melanggar batas-batas pergaulan.Tambahan itu,media cetak seperti majalah,iklan dan sebagainya turut menyumbang ke arah keruntuhan akhlak para remaja pada masa kini. Apabila seorang remaja telah terjerumus mereka turut membabitkan remaja-remaja lain bak kata pepatah sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Impak-impak yang berlaku adalah mencemarkan nama baik keluarga,bangsa dan juga negara. Keluarga akan mendapat malu akibat daripada tindak-tanduk anak-anak.Bangsa pula akan dipandang hina oleh bangsa-bangsa lain. Hal ini sekali gus mencemarkan nama baik negara yang telah terpapar di persada dunia.Bak kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga pula sudah malu tercemar pula keagungan yang dicapai.
         
          Konklusinya,semua pihak memainkan peranan penting dalam mengatasai permasalahan ini.Tidak wajar jika terdapat pihak yang saling menyalahi antara satu sama lain.Permasalahn ini bukanlah satu parmaian yang mudah tapi haruslah dititikberatkan.

Gambar di bawah ini menunjukkan masalah sosial yang berlaku di negara kita






No comments:

Post a Comment